Sejarah

ZÉLL-V ialah pemimpin dalam industri terapi sel untuk anti-penuaan dan membantu orang ramai mencapai kecantikan serta kesihatan optimum. Jenama ini ditubuhkan oleh Ruyi Holdings Sdn Bhd pada tahun 2007. Sejak itu, ZÉLL-V telah berkembang dari Malaysia ke Singapura dan semerata tempat di dunia. Pelbagai kedai-kedai imej ZÉLL-V telah ditubuhkan di pusat-pusat membeli-belah premium termasuk Pavilion KL dan Marina Bay Sands Singapura.

Hari ini, ZÉLL-V merupakan jenama global yang terkenal. Kedai-kedai imej ZÉLL-V telah ditubuhkan di banyak negara, iaitu Jerman, Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Brunei, Vietnam, Indonesia, China, Hong Kong, Macau, Lebanon dan Taiwan. Dengan ini, ZÉLL-V berjaya membawa kesihatan, kecergasan dan kecantikan ke seluruh dunia.

Model Kejayaan ZÉLL-V

Kejayaan luar biasa yang dicapai ZÉLL-V berkait rapat dengan model perniagaannya yang unik, iaitu 5 Rukun Kejayaan ZÉLL-V:
Medical Technology and Quality Assurance

Teknologi Perubatan dan Jaminan Kualiti
Kerjasama dengan pakar-pakar perubatan profesional telah menaikkan imej jenama ZÉLL-V, kualiti produknya serta keyakinan pelanggan terhadap ZÉLL-V. Formula terapi sel ZÉLL-V dicipta oleh panel pakar perubatan antarabangsa ini selepas menjalankan penyelidikan saintifik melebihi 70 tahun. Formula terapi sel yang eksklusif ini yang dapat memulihkan kesihatan dan kemudaan badan manusia. Dengan ini, keperluan anti-penuaan seluruh dunia dapat dipenuhi.

Luxury Brand Strategy

Strategi Jenama Mewah
ZÉLL-V mengambil kedudukan sebagai jenama mewah yang diingini semua melalui pelbagai ilkan yang dipaparkan melalui pelbagai saluran, termasuk surat khabar, majalah, televisyen, papan iklan, pertandingan V-Star Star Search, penajaan acara, kedai ‘signature’ yang ditubuhkan di pusat membeli-belah premium pusat, dan sebagainya.

Education and Training

Pendidikan dan Latihan
Maklumat dan pengetahuan mengenai terapi sel disampaikan kepada pekerja-pekerja and pelanggan-pelanggan melalui pendidikan yang berterusan, seperti seminar, kaunseling individu dan telepemasaran supaya mereka mempunyai pemahaman yang betul mengenai terapi sel dan penjagaan kesihatan, di sambil membina hubungan yang lebih erat dan berkekalan dengan meraka.

Customer Care & Service

Perkhidmatan Pelanggan & Telemarketing
Dengan perkhidmatan pelanggan yang ikhlas yang disampaikan melalui telepemasaran, telesales dan khidmat lepas jualan, kami bukan semata-mata menjual produk tetapi berusaha membantu para pelanggan mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Ini membolehkan kami menjalini hubungan jangka panjang yang lebih erat dengan pelanggan-pelanggan kami.

Leadership and Management

Kepimpinan dan Pengurusan
Kakitangan memainkan peranan penting dalam menghubungkan syarikat dengan para pengguna. Kepimpinan yang diberikan kepada kakitangan kami membantu mereka berjaya mencari makna dalam kerja mereka dan mewujudkan peluang untuk perkembangan diri serta peluang untuk mengembangkan bakat mereka supaya mereka boleh maju bersama-sama dengan syarikat.

Top