Mengapa Memilih Plasenta Biri-biri?

Sejak 1,400 tahun dahulu, orang Cina telah menggunakan plasenta untuk menjaga kesihatan badan. Mereka percaya bahawa plasenta boleh meningkatkan tenaga badan, mencantikkan kulit dan memperlahankan proses penuaan. Hari ini, sains moden telah mengesahkan  bahawa plasenta biri-biri kaya dengan nutrien, faktor pertumbuhan dan protein yang dapat menggalakkan pertumbuhan sel, mengawal rembesan hormon, menguatkan sistem imun dan merejuvenasikan sel-sel dan tisu-tisu kita.

Tambah pula, biri-biri adalah antara haiwan yang mempunyai sistem imun yang paling kuat yang membolehkan mereka mengharungi musim sejuk yang keras. Di sebaliknya, banyak haiwan-haiwan yang lain tidak mempunyai daya hidup yang kuat seperti biri-biri. Maka, sel-sel yang diperolehi daripada plasenta biri-biri juga mempunyai daya tahan dan daya hidup yang kuat. Daya ini akan dipindahkan ke badan manusia apabila sel-sel plasenta biri-biri diambil.

Demi mengekstrak sel-sel yang paling segar dan sihat, di samping memenuhi peraturan ketat formula eksklusif ZÉLL-V, biri-biri ZÉLL-V diternakkan di makmal berteknologi tinggi di New Zealand dengan menggunakan kaedah ‘koloni tutup’ dimana berjuta-juta biri-biri diternak dalam kumpulan yang berasingan. Ini dapat mencegah jangkitan penyakit dan memastikan kualiti unggul produk plasenta biri-biri ZÉLL-V.

Top